-->

HijriDate

Sunday, July 30, 2006

Kegentaran...

Assalamualaikum...

Mohon maaf di atas segala kesalahan dan kesilapan..
Hati tak tenang membaca..
Jiwa resah tak terkata..
Banyak dosa dengan kawan2 agaknya..
Harap maafkan segalanya..
Imtihan dunya quraib..
Imtihan baiid sayakti..
Doakan saya untuk exam yang menakutkan ini..
Pohon dengan sangat..

[+/-] Selengkapnya...

Percaya tak percaya...

Ini mungkin lembaran terakhir sebelum melangkahkan kaki ke dewan peperiksaan. Saya hanya ada masa 2 hari setengah untuk membaca setiap paper yang dihadapi tahun ini. Tak pernah merasa takut seperi ini. Mungkin merasakan harapan yang menggunung terpundak di bahu. Harapan arwah ibu yang masih ku ingat sehingga kini. Mungkin juga kerana banyak lagi yang tak saya baca lantaran masa yang tinggal seminit dua ini.
Sebelum berlabuh buat sementara, saya mahu ingatkan pada kawan2 blogger. Walaupun blogger contest telah tamat dan pemenang pun telah menerima ganjarannya, ingatlah bahawa medium dakwah ini perlulah diteruskan dan tidak terhenti sekadar memenuhi ruang pertandingan. Jadikan ianya medium terbaik untuk menyampaikan fikrah dan maklumat. Anda sudah tahu betapa hebat penangan teknologi ini dalam menyebar maklumat dan fikrah. Kenapa masih tidak mahu aktif menggunakannya.
Blog tak cantik tak jadi masalah. Asalkan isi dan kandungannya cukup untuk menambat hati pembaca. Saya kagum dengan blog al-jantanie, blog permata aqiq, blog sdr syafiq, blog najib zainal dan beberapa blog lain yang terus subur menuai fikrah dan pandangan serta pengalaman. Contohi mereka dan tandingi reputasi mereka. Jika kita ikhlas menggunaklan wasilah ini sebagai medan dakwah, insyaallah ada kebaikan yang menanti kita nanti.
Tidak mahukah anda menjadi seperti saifulislamonline, blog ust nasaruddin tantawi, zaharuddinonline dan banyak lagi pengemudi jaringan internet yang seperti mereka menjadikan web sebagai medium untuk menyebar maklumat keseluruh dunia. Untuk jadi seperti mereka, perlu bermula dari sekarang. Istimrar dalam menghantar artikel samaada karangan sendiri atau diambil dari sumber lain yang dimaklumi kebenarannya. Inagtlah, musuh kita juga menggunakan jaringan yang sama untuk menyampaikan maklumat dan fikrah mereka secara aktif.
Saya terpanah untuk menulis kali ini apabila melihat blog teman2 semakin sepi. Mungkin terlalu sibuk agaknya. Atau mungkin tak percaya dengan keupayaan wasilah ini. Alaa kulli haal, walaupun sibuk walaupun tak percaya, ruang sudah tersedia, hanya perlu masa 5 - 6 minit untuk posting di alam maya. Dan ia akan tersebar ke seluruh dunia.
Percaya tak percaya...!!

[+/-] Selengkapnya...

Sunday, July 23, 2006

Selamat menunaikan ibadah umrah dan ziarah sahabatku..

Selamat menuanikan ibadah Umrah dan Ziarah buat sahabat-sahabatku:

1) Muhd Hairi B Hamzah
2) Mohd Hafiz B Mansor
3) Mohd Salleh B Maskob

dan semua rombongan umrah dan ziarah PMRAM 1427 moga kalian semua selamat pergi dan kembali dengan selamatnya..Amin

Sampaikan salam kami buat Rasulullah dan ahli bait serta semua para sahabat. Doakan kami juga sewaktu di sana..terutamanya di 15 tempat mustajab di Mekah dan di Raudah di Madinah..

Daku terkenang lagi memori lalu..wah sedihnya tak dapat ikut rombongan ni..!!!

AJKT hilang seorang lagi..dari 10 kini tinggal 4 sahaja...N way tak mengapa kerana ahli sentiasa bersama-sama BKPJM dan PMRAM walau semua pimpinan tiada..insyaallah

[+/-] Selengkapnya...

Friday, July 21, 2006

PROGRAM SIRIH PULANG KE GAGANG (PSPG)

Assalamualaikum w.r.b.
JEMPUTAN KE PROGRAM SIRIH PULANG KE GAGANG (PSPG) [BAKTISISWA dan SIMPOSIUM PELAJAR ISLAM JOHOR]
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Tuan/ Puan/ Ustaz/ Ustazah Ahli BKPJM Di MALAYSIA dijemput untuk menyertai Program Bakti Siswa Al-Azhar Johor yang akan diadakan pada ;-
Hari : Khamis-Isnin
Tarikh : 17-21 Ogos 2006
Tempat : Kg. Serkat, Pontian, Johor.
Kehadiran tuan/puan akan memeriahkan program tersebut. Insya-Allah.
*Keterangan lanjut sila hubungi Ustaz Syafiq bin Zulakifli (012-7351860) Sila maklumkan kehadiran anda kepada beliau untuk makluman dan tindakan beliau. Semoga tuan/puan akan mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t.

[+/-] Selengkapnya...

Sunday, July 16, 2006

ATUCARA THE ANNUAL FESTIVAL OF BKPJM 06

HARI PERTAMA (19 JULAI 2006)
SUKAN MAHABBAH
8.00 pg - 12.00 tgh hari
IKHWAH
(Asrama Pelajar Johor)
+ Sepak takraw + Sepak raga + Ping Pong + Gusti lengan
AKHAWAT
(Nadi Syabab Hayyu 6)+ Sukaneka + Bola Jaring + Bola Baling
2.00 ptg-4.30 ptg:- Sambungan Sukan Mahabbah
5.30 ptg-7.00 mlm:- Sambungan Sukan Mahabbah
PERTANDINGAN
8.30 mlm-11.00 mlm
Tempat: Asrama Pelajar Johor
- Pertandingan menghias makan
HARI KEDUA (20 JULAI 2006)
PERTANDINGAN
-Who Wants To Be The Daei
- Pertandingan Khat
Tempat: Asrama Pelajar Johor
8.00 pg - 12.00 tgh hari
2.00 ptg-4.30 ptg:
PERTANDINGAN
- Busana Muslimah (Akhawat)
- Reka cipta (Ikhwah)
- Pertandingan Membaca Khutbah (Ikhwah)
- Gubahan Hantaran (Akhawat)
5.30 ptg-7.00 mlm:
PERTANDINGAN
-Nasyid, Tilawah Al-Quran, Barzanji (Akhawat)
- Pertandingan Teka Gaya (Ikhwah)
7.00 mlm-8.30 mlm:- Iftor Jamaie
- Solat Maghrib Berjemaah
8.30 mlm-11.00 mlm
DISKUSI KITAB Oleh: Ustaz Ahmad Fuad bin Amran
HARI KETIGA (21 JULAI 2006)
Tempat: Asrama Pelajar Johor
3.00 pg-7.30 pgQiamullail
+ Solat Subuh Berjemaah
+ Kuliah Subuh
7.30 pg – 12.00 tgh hari
- Gotong-royong Asrama Pelajar Johor
2.30 ptg - 4.30 ptg
- Pembentangan Kertas Kerja SembelihanOleh: Ust Khalid Salekan.
5.00 ptg - 7.30 ptg
- Praktikal Sembelihan
HARI KE 4 (22 JULAI 2006)
Tempat: Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA)
8.00 pg - 12.00 tgh hari
MAJLIS PERASMIAN
- Ucapan Pengerusi Majlis
- Bacaan al-Quran- Ucapan Pengarah AF '06
- Ucapan YDP BKPJM
- Ucapan Perasmian Pengarah JPMK
- Simbolik Perasmian
9.30 pg - 5.30 ptg
- Kursus Pra Perkahwinan Keluarga Sakinah (KASIH)
MALAM
8.30 mlm - 11.00 mlm
Tempat: Asrama Pelajar Johor
FORUM PERDANA
Tajuk: Kebejatan Jenayah Riddah di Malaysia : Realliti danImplikasi
Ahli Panel:
-Ust Mohd Asri Mat Daud
-Ust Nizam bin Mohd Noh
HARI KE 5 (23 JULAI 2006)
Tempat: Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA)
8.00 pg - 4.00 ptg
- Sambungan Kursus Pra Perkahwinan Keluarga Sakinah (KASIH)
HARI KE 6 (24 JULAI 2006)
TEMPAT:ASRAMA PELAJAR JOHOR
8:30 pg - 12.30 tgh hari
KOLOKIUM PELAJAR TAHUN AKHIR
- Kuiz Kenegaraan
- Motivasi Graduan
- Hala Tuju Graduan
- Peluang Pekerjaan
- Tips Temuduga Oleh : Pengarah JPMK
01.30-04.30 ptg:
- Talk Show (Isu semasa)
- Pembentangan Kertas Kerja Uslub Da’wah
- LDK
- Resolusi : Alumni
MALAM
8.30 - 12 :00 mlm
Mesra perdana(bersama pegawai-pegawai program KASIH)
HARI KE 7 (25 JULAI 2006)
TEMPAT :ASRAMA PELAJAR JOHOR
10.30pg-01.30ptg
Hiwar perdana BKPJM- Bersama Ajkt & Hewi BKPJM
MAJLIS WALIMAH
1.30-4.30 ptg:- Jamuan Tetamu
6.30 ptg - 7.30 ptg:- Jamuan Ahli BKPJM
8.00 mlm - 12.00 mlm:
- Malam UNTAIAN MAHABBAH(Malam Penyatuan Pelajar Johor)
- Solat maghrib berjamaah
- Ucapan Pengerusi Majlis
- Bacaan Al-Quran
- Ucapan Pengarah AF
- Ucapan YDP
- Ucapan Perasmi Penutup (Presiden PMRAM)
- Persembahan Nasyid
- Pelancaran Majalah Zikra dan Lagu BKPJM
- Persembahan
- Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah
- Gimik penutup AF 2006
JOM KITA MEMERIAHKANNYA...!!!

[+/-] Selengkapnya...

Friday, July 14, 2006

Jadual Imtihan ku...Masih lama lagi??

Macam lama tapi sudah dekat. Menakutkan tapi masih slumber. Banyak lagi tak baca tapi tidur kuat juga. Entahlah. Anyway masa masih ada. Usaha terus usaha. Kerja dah banyak tak buat tapi hati tetap rasa risau juga. Banyak masalah yang melanda.

Saya pohon doa semua. Moga kalian juga najah dengan cemerlang dengan natijah yang sudah berada di 'control' ketika ini. Ok ini jadul exam saya...

27/8/2006 - Tarikh al-Quran
29/8/2006 - Mabadi' al-Ammah Fil Qanun [Usul Qawaid]
31/8/2006 - Tarikh Alam Islami
2/9/2006 - Falsafah Islamiyah
4/9/2006 - Geografi Alam Islami
6/9/2006 - Akhwal syaksiah [Ilmu Mirast]
8/9/2006 - Muqaranah Adyan
10/9/2006 - Musykilat Siyasiah al-Muasirah
12/9/2006 - Nizam al-Maal fil Islam
14/9/2006 - al-Funun Wal Imarah al-Islamiyah


Madah tahun ni banyak yang berkaitan kuliyah usulliddin. Pening juga kepalanya. Tapi Best juga. yang sakitnya madah hanya selang sehari. kenelah study semua awal. Kalau di kuliah dulu, sempat lagi baca mase time minggu periksa. Kalau sekarang buat macam tu juga, alamat boleh putuslah urut tengkuk saya.

So Kawan-kawan AJKT, Sorry yer bebankan amtum semua buat sementara. TQ juga buat xYdp dan Ketua penasihat kerana banyak membantu.

Selamat menyambut The Annual Festival of BKPJM dengan wajah ceria dan hati yang tenang. May Allah Bless U all...

Wassalam

[+/-] Selengkapnya...

Monday, July 03, 2006

Catatan sebelum berlabuh...

Oleh Afais
"Ust Yus..Nasi lemak satu..."
"Rasul... ABC special siap!!!"
"Katadz..!! Mee Hoon Sup Satu.."
"Wak..!! Roti Telor satu, murtabak satu, bungkus tau..!!"
"Satey Unta 10, Arnab 10, ayam 20..makan sini ust..!!"
"Tempe goreng satu wak.."
"Tawil..Mee Bandung Senggarang 2 bungkus 2 makan..siap!!"
"Panas la ustaz..Tak de kipas ker..pasang aircond pon ok gak ni!!"
"Lagu ini ditujukan buat adik-adik tersayang, buat yazid, tete, loko, chelap, amli, musa, shapa, dan dot dot dot, moga ceria selalu..terimalah lagu 'mesra desa' oleh hijjaz". Celoteh DJ Bazaria..
"Ust Nazar...makanan AJK esok kita masak paprik ayam dengan sup ok tak??"
"Tawaqquf..solat dulu laa jom"
Begitulah suasana ceria yang dapat digambarkan ketika berlangsungnya Bazaria Sri Selatan bermula 26 hingga 29 Jun yang lalu. Walaupun cuaca panas membahang sekitar 40 darjah celsius ketika ini, ia tidak menghalang orang ramai untuk datang ke Asrama Pelajar Johor Kaherah untuk menikmati makanan-makanan lazat dan bermutu dari shef-shef terkenal seluruh pelembahan nil ini. Ditambah lagi dengan exam yang baru berakhir, membuatkan bazaria menjadi tempat perkumpulan terbaik mahasiswa-mahasiswi di sini setelah sekian lama ber'uzlah' mendepani exam 'fasal thani' yang sangat mencabar.
Ala kulli hall..Tahniah dan syabas buat seluruh jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan Bazaria Sri Selatan kali ini. Jasa kalian tidak dapat dilupakan dan moga ianya dikira oleh Allah SWT sebagai amalan kebaikan di sisiNya. Tidak lupa juga kepada pihak PMRAM yang memberikan sokongan padu demi melihat kesatuan mahasiswa-mahasiswi di sini dan juga kepada semua pengunjung setia Bazaria Sri Selatan, Datang dan jumpa lagi tahun hadapan.
Bagiku, tamat Bazaria Seri Selatan, maka semakin hampirlah aku dengan exam yang akan datang. Jenis aku ni kalau sibuk memang tak boleh nak membaca. Jadi Bazaria Seri Selatan medan terakhir bagiku sebelum secara serius akan ber'uzlah' untuk memberikan tumpuan penuh kepada exam yang bagiku 'umpama hidup dan mati' ini. Jika gagal mencapai matlamatku, maka tahun ini adalah tahun terakhir aku di Bumi Mesir. Jika berjaya, maka insyaallah aku akan terus bernafas segar di sini. Pelikkan!! Biasanya kalau gagal kene duduk sini lagi..jika berjaya akan balik ke tanah air. Tapi ini realiti yang aku harus lalui. Gagal bermakna aku perlu pulang. Berjaya bermakna laluan seterusnya bakal menanti di sini. Ya Allah aku mahu terus di sini.. Beikanlah aku kejayaan cemerlang dalam imtihan yang bakal menjelma tidak lama lagi ini.
*****
Habis cerita bazar dan exam. Nak cerita sedikit kisah piala Dunia Edisi Jerman yang bagiku sudah tamat 2 hari lalu. Alhamdulillah, sebenarnya kegagalan 2 pasukan pilihanku Argentina dan Brazil untuk ke separuh akhir membuatkan minatku terhenti untuk mengikuti perjalannan seterusnya piala dunia yang akan berakhir 9 julai nanti. Penangan Piala dunia memang cukup kuat. Orang jadi gembira pasal bola, jadi sedih pasal bola, jadi gaduh pasal bola jadi bersatu pasal bola dan segalanya pasal bola. Sehingga kekadang pasal bola jugalah kita lupa dan gagal untuk membuat penilaian berkaitan 'aulawiyat' atau 'priority' selaku hamba Tuhan, Penuntut, Ahli Persatuan dan Ummat Islam.
Pemimpin dan Saudara kita di Palestin di tangkap dan dibunuh kejam, kita lupa dan tak baca berita langsung pasalnya gara-gara bola dan piala dunia. Ummat Islam seluruh dunia 'tak perasan' dalam kelang kabutan palestin diserang, kita masih sibuk bertepuk sorak menjerit depan TV menyokong team-team pilihan masing-masing dan tatkala itu jugalah saudara kita di sana menjerit meminta tolong diserang dan diperlakukan tanpa ada simpati dari dunia luar. Membisu menyepi yang boleh hanya tulis di akhbar dan blog mengecam perbuatan kejam Rejim Yahudi Laknatullah. Dapat apa? tak ada apa-apa. (Muhasabah untuk diriku sendiri)
Lalu apakah tugas kita sebenarnya. Tak lain dan tak bukan adalah kembali kepada Islam yang syumul dan menjadikan diri bersiap dan memenuhi kehendak semasa dunia Islam. Cita-cita haruslah tinggi dalam memartabatkan Islam yang semakin ditindas dari hari ke hari. Si penindas kekadang Kuffar dan yang lebih menyedihkan saudara seagama kita sendiri. Yang paling biasa kita lihat ummat Islam yang meninggalkan solat kerana solat adalah tiang agama. Tinggalkan solat umpama kita telah meruntuhkan sebatang tiang Islam. Berapa ramai yang tidak sembanhyang yer. Yang tidak sembahyang kerana sengaja satu hal. Yang tak reti langsung bersembahyang lagi satu hal..Di mana tanggung jawab kita.
Ummat Islam bukan lemah kerana musuh yang kuat. tetapi ummat Islam lemah kerana tidak berpegang dengan ajaran islam yang sebenar. Islam hanya dijadikan ritual dan amalan sahaja dan terkadang tak ber'ritual' langsung. Tak sembahyang, tak puasa, tak berzakat, tak ke haji tak berjihad tak mahu bekerja untuk Islam tapi mahu perjuangkan Islam kononnya. Itu baru yang wajib. Yang Sunat pula entah ke mana. Kalau yang wajib pun dah tak terjaga, macam mana nak tambah dengan yang sunat. (Muhasabah lagi buat diri sendiri)
Islam itu bukan agama ritual semata. Ia agama yang perlukan keikhlasan dan menjadikan ritual itu sebagai kekuatan tambahan yang digelar sebagai 'Spiritual Quation' atau kecerdasan spiritual. Ini tiada dalam diri kita kerana kalau kita solat kita masih buat maksiat selepas solat. Kalau kita berzakat masih ada riak dalam diri kita dan kalau kita berpuasa masih juga tak mampu menahan nafsu kita dari buat perkara yang dilarang.
Bukankah solat dan amalan kebajikan itu menjadi penghalang kepada kita dari melakukan perkara kejahatan dan kemungkaran? Dan percayalah bahawa ummat Islam akan terus ditindas selagi kita menjadi ummat yang lalai dan alpa dengan ajaran Yang Islam bawa. Pertolongan Allah itu hampir bagi golongan yang berpegang teguh dengan Ajaran Islam. Saya tidak mengatakan kita harus meninggalkan kemajuan untuk menegakkan Islam. Tetapi biarlah kemajuan itu seimbang dengan kemajuan syaksiah dan peribadi ummatnya. Barulah kemajuan itu akan terisi dan gemilang.
*****
Hati saya jadi geram dan mahu menangis kerana saya juga tak mampu berbuat apa-apa melihat saudara-saudara Islam di seluruh dunia ditindas dan ada di antaranya diperkosa, dibunuh dan macam-macam lagi bentuk penindasan. Ia memang jauh dengan Malaysia tapi dekat dengan Mesir. Ia masih jauh dari diri kita kerana kita tak kasih kepada mereka. Bagi kita yang penting adalah diri kita. Diri kita senang, dapat lulus periksa, dapat kahwin dapat anak dapat segalanya dapat kerja bagus, dapat gaji banyak dapat..dapat..dapat..segalanya dapat.
Hari ini saya menyeru kepada seluruh sahabat-sahabat supaya kita bersatu dan memperkukuhkan ukhwah sesama kita. Jika di sini ukhwah kita sudah terbarai di Malaysia apakan lagi. Dan pastinya ukhwah dengan ummat Islam yang kita tidak kenal lebih-lebih tiada lagi. Saya jadi risau melihat ada kalangan sahabat-sahabat yang suka menyendiri, suka buat hal sendiri, tak mahu ikut nasihat, tak mahu bersama-sama dalam kerja-kerja kebajikan, ada puak-puak dan team sendiri, pentingkan diri sendiri, tak mahu ambil tahu masalah sekitar dan pelbagai lagi masalah yang mengundang kepada kekeruhan kesatuan dan masa depan Islam itu sendiri.
Saya pernah diingatkan oleh seorang ustaz sebelum ke Mesir. "Berikan masa kamu kepada tiga;
Pertama : 60% untuk belajar dan tingkatkan kemajuan diri.(kuliah, tarbiah dan membaca)
Kedua : 30 % untuk masyarakat sekitar di mana anda berada bagi menjaga hablum minan nas.
Ketiga : Seimbangkan antara pertama dan kedua. (rehat, peribadi dan lain-lain)
Saya galakkan sahabat-sahabat untuk bertalaqi dan mencari pengalaman di musim cuti dan hari-hari kuliah tetapi jangan lupa untuk hadiri sesi-sesi tarbiyah bagi membuang ego yang banyak tersimpan di dalam diri seorang mahsiswa. Apabila kita merasakan program tarbiyah tidak perlu untuk diri kita bermakna kita rasa diri kita sudah bagus dan rasa diri boleh untuk membuat acuan sendiri. Percayalah anda dalam keadaan bahaya kerana anda terdedah kepada pelbagai wabak dan jangkitan seperti mana seorang pengkaji terkena jangkitan sewaktu pertama kali mencari vaksin untuk penyakit tersebut. Realitinya mengapa perlu mencari vaksin baru jika sudah ada vaksin untuk penyakit tersebut. Jika rasa vaksin itu tidak baik, bantu untuk memperbaiki itu lebih baik berbanding mendedahkan diri dengan risiko dipermulaan tadi.
Mengembara, berjalan dan bertalaqilah ke sana dan ke sini tetapi jangan lupa seimbangkan dengan tuntutan kedua iaitu keterlibatan kita dengan masyarakat sekitar kita. Takkanlah tak sempat untuk melawat kawan yang terlantar sakit walau sekejap kerana bukankah jika anda sakit nanti anda juga perlukan kawan untuk mengadu dan berubat. Takkanlah tak sempat untuk hadiri gotong royong yang hanya seminggu sekali lantaran terlalu penat dengan program peribadi walhal rumah itu rumah kita sendiri. Takkanlah tak mampu untuk hadiri program-program kerohanian dan kebajikan kerana nanti anda akan kembali meminta pertolongan di waktu sepi, kesusahan dan memerlukan. Seimbangkanlah. Itu tuntutan Allah untuk menjaga hubungan sesama manusia.
*****
P/s:
1) Buang sikap pentingkan diri sendiri dan imbangi antara kepentingan peribadi dan jamaah.
2) Buang sikap ego dan malas untuk ditarbiyah
3) Tingkatkan 'Spiritual Quation' dalam diri
4) Persiapkan diri dengan segala keperluan bagi memartabatkan Islam
5) Jaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia
6) Jauhkan diri dari berpuak-puak dan tingkatkan ukhwah juga kesatuan
7) Maafkan saya jika ada yang terguris dan terasa kerana saya juga adalah insan yang lemah dan perlukan bimbingan serta bantuan.
Wallahuaalam..

[+/-] Selengkapnya...

Related Posts with Thumbnails